Isnin, September 21, 2009

Kepulangan anak, menantu dan cucu untuk beraya bersama Kak Maz tercapai jua.... Alhamdulillah kehadrat ALLAH !!! Dia orang semua balik petang semalam... dapatlah kami berbuka Puasa buat julung julung kalinya..cuma anak anak Lelaki aje yang tak sampai sampai hingga lepas Solat Aidilfitri......

Selepas semua orang pulang dari Solat Aidilfitri di Masjid, kami semua menjamah hidangan dirumah dan selepas membantu anak perempuan Kak Maz bersiap siap untuk pulang kerumah Mertuanya di Kluang, Johor Bahru....

Sebelum mereka berangkat pergi sempat Kak Maz mengabadikan beberapa keping gambar Sempena Aidilfitri 1430 Hijrah kali ini...... Inilah gambar gambar kami ......









Ahad, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA 1430 HIJRAH


" Selamat Hari Raya Aidilfitri..... maafkan jika ada kata kata
Kak Maz yang menyinggong perasaan teman teman
blogger & yang mengenali Kak Maz secara langsung
di sekitar penempatan selama perkenalan kita "


Lebih kurang sebulan kita berpuasa kini tiba lah masanya
kita ramai ramai merayakan Kemenangan.......
pesan Kak Maz jagalah pemakanan semua ye !!!


Maklumlah, dah lama tak makan di waktu siang.... perut ni dah biasa berpuasa selama 29 hari. Cuma makan pun waktu malam aje..

Hari ini 1 Syahwal, kita merayakan Kemenangan berjaya berpuasa penuh
(Pada yg tak penuh, jgn lak terasa.hehehe)
Pagi pagi dah bersarapan lepas tu bersiap siap ke Masjid.
Balik dari mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri tiba dirumah makan lagi...
dengan hidangan ayam dan daging serta berbagai menu lain...

Bayangkanlah dari pagi sampai ke malam berapa rumah adik beradik dan sanak saudara
yang kita kunjung sambil menikmati juadah yang disediakan !!!
Kalau ditimbang daging ayam dan daging lembu serta yang lain lain yang masuk kedalam perut kita tu entah berapa kilogram agaknya......

Awas !!! Jagalah pemakanan kita di musim Perayaan ini... Semua hidangan yang di sajikan semuanya enak enak belaka..... kita yang harus mengawal selera dari terus makan tanpa berfikir panjang... Elakkan dari makan berlebihan termasuklah daging daging ye....

Okey, Kak Maz hanya sekadar mengingatkan pada diri sendiri dan juga teman teman Kak Maz. Akhir kata....kepada semua teman teman maafkan lah jika ada kata kata Kak Maz yang boleh menyinggong perasaan anda semua...........

Selamat berhari Raya & berhati hati dijalanraya waktu memandu....agar semuanya selamat.


Wassalam,

Ahad, September 13, 2009

KAD SELAMAT HARI RAYA YG 1 PD 1430 H


Hai semua.... Gembira Kak Maz hari ni, terima Kad Ucapan Selamat Hari Raya yang pertama untuk tahun ni dari adik Nurain.

Ain, Kak Maz ucapkan ribuan terima kasih ye ! Doa Kak Maz agar awak selalu berada dalam sihat walafiat dan dipermudahkan dalam apa jua yang diceburi serta sukses selalu...




Wassalam,

Sabtu, September 12, 2009

Takziah Kepada Keluarga ADUN Bagan Pinang

Takziah Kepada Keluarga ADUN Bagan Pinang

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA SAUDARA AZMAN BIN MOHD NOOR, SEMUGA ROHNYA DITEMPATKAN DENGAN ROH ORANG ORANG YANG BERIMAN DI SISI ALLAH SWT.....amiiin !!!

Wassalam,

Jumaat, September 11, 2009

SARAPAN PAGI - apa kebaikan utk diri kita ?

Assalamualaikom & Salam Sejahtera...

Terlalu lama rasanya Kak Maz tak berpeluang untuk meng update kan blog ni..... Maklum lah, Aidilfitri rasanya dah hampir menjelang terlalu sibuk dengan kerja kerja dirumah termasuk menjaga kanak kanak.... Hari ni Kak Maz nak menceritakan tentang Kebaikan SARAPAN PAGI ni....


Kak Maz teringat masa muda dulu.... selalu Arwah abah & emak pesan untuk b
ersarapan......
Orang tua tua ada mengatakan untuk kita kekal sihat dan langsing, MESTI jadikan sarapan sebagai AMALAN. Lebih awal waktu sarapan lebih baik !!!!

Kata kata ini disokong oleh Pakar Pemakanan yang jugak berpendapat sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana yang dituntut dalam ISLAM untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang wakt
u berbuka....
(Jangan pulak esuk anda semua bersarapan....esuk kita semua Umat Islam masih lagi berpuasa ye ! hehehe, gurau aje Kak Maz)


KEHIDUPAN LEBIH NERKUALITI.

Tubuh kita memerlukan Kalori, baik dalam keadaan beristirehat apatah lagi sewaktu kita melakukan aktiviti.. Bagaimanapun, jumlah tenaga yang ada dalam tubuh seseorang hanya mampu bertahan selama 12 hingga 18 jam. Oleh itu, jika makanan terakhir kita adalah pada jam 6-7 petang, sudah tentulah tenaga yang diperlukan telah habis menjelang jam 6-7 pagi....

Kajian dari pakar menunjukan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik. Pemilihan sarapan harus di titikberatkan, terutama yang kaya dengan karbohidrat, membekal tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari....

Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan di waktu pagi atau tidak sempat(kerana terjaga pun dah lewat) Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda ubah tabiat pemakanan anda....

OTAK LEBIH CERGAS...

Saintis menggelarkan sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Sarapan juga memberi kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus pada sesuatu yang kita lakukan...

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, samada di sekolah atau di tempat kerja...walaupun hanya dengan sekeping roti dan secawan kopi panas...

Jika anda kurang percaya.... kena lah rujuk dengan pakar, apa yang Kak Maz maksudkan... Sementara boleh ubah tabiat pemakanan tu, lakukan kan lah....bermula pada Syahwal ini !!!

Kak Maz mendoakan kesejahteraan buat anda semua, terutamanya rakan2 blogger !!!

Selasa, September 01, 2009

Urutan Khas buat semua Wanita

Assalamualaikom & Salam Sejahtera buat semua,

Sebelum terlupa Kak Maz ucapkan pada semua Selamat Berpuasa serta Salam Kemerdekaan yang ke 52...Rakyat Malaysia pada tahun ini meraikan Kemerdekaan pada Ramadhan ke 10 disamping Wabak Influenza 1 H1N1 yang sedang menggila di Seluruh Tanah Air. Besar kemungkinan kurang sambutan pada tahun ini, bulan Puasa macamana nak berkawat dan macam macam aturcara lain nak dibuat terpaksa dibatalkan sebab semua orang keletihan dan ketakutan dengan wabak H1N1. Itu pada fikiran Kak Maz lah....

Disini serba sedikit Kak Maz nak ceritakan mengenai keluarga...mempunyai 3 orang anak lelaki, seorang anak perempuan dan 2 orang cucu perempuan.
Kak Maz dilahirkan di Sungai Senam, Ipoh, Perak Tengah. Entah Kak Maz sendiri pun tak tahu kat mana sebab masa tu arwah bapa Kak Maz berkhidmat sebagai seorang Tentera. Selalu berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yan
g lain. Adik beradik Kak Maz semuanya seramai 12 orang dan Kak Maz merupakan anak yang ke 10.

Sebenarnya Kak Maz ni tak pernah belajar tentang mengurut pun, cuma ia datang dengan sendirinya. Pelanggan Kak Maz semuanya wanita cuma sesekali didatangi oleh anak lelaki pelanggan yang biasa dengan Kak Maz. Wanita lepas bersalin, sakit sendi, sengkak peranakkan dan untuk menaikkan seri wajah. Kebiasaannya orang yang datang kerumah untuk mengurut dengan Kak Maz, Kak Maz sarankan datang pada waktu pagi atau pun malam. Kalau boleh jangan makan apa apa dulu, biar urut waktu perut belum di isi.

Disamping itu, Kak Maz ada menjaga kanak kanak kecil dan yang bersekolah di rumah. Biasanya Ibubapa menghantar anak2 beliau pada jam 7.30 pagi...yang bersekolah tu lepas tengahari datang ke rumah hingga lah ke jam 5.00 petang.
Ada jugak cadangan nak buat secara komersial tapi tunggu dulu lah.... nak guna modal jugak tu...

Jika pembaca sekalian yang ada minat nak cuba di urut oleh Kak Maz boleh lah masuk di shoutbox dan email di kakmaz_tukangurut@yahoo.com.my kita akan berbincang dan menetapkan tarikh dan waktu untuk di urut...

Sebelum Kak Maz mengakhiri cerita ni... Kak Maz pohonkan Ribuan Kemaafan jika ada salah silap dan terkasar bahasa Kak Maz ye.... Jumpa dan jumpa lagi.

Wassallam,














Related Posts with Thumbnails