Sabtu, September 12, 2009

Takziah Kepada Keluarga ADUN Bagan Pinang

Takziah Kepada Keluarga ADUN Bagan Pinang

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA SAUDARA AZMAN BIN MOHD NOOR, SEMUGA ROHNYA DITEMPATKAN DENGAN ROH ORANG ORANG YANG BERIMAN DI SISI ALLAH SWT.....amiiin !!!

Wassalam,

Jumaat, September 11, 2009

SARAPAN PAGI - apa kebaikan utk diri kita ?

Assalamualaikom & Salam Sejahtera...

Terlalu lama rasanya Kak Maz tak berpeluang untuk meng update kan blog ni..... Maklum lah, Aidilfitri rasanya dah hampir menjelang terlalu sibuk dengan kerja kerja dirumah termasuk menjaga kanak kanak.... Hari ni Kak Maz nak menceritakan tentang Kebaikan SARAPAN PAGI ni....


Kak Maz teringat masa muda dulu.... selalu Arwah abah & emak pesan untuk b
ersarapan......
Orang tua tua ada mengatakan untuk kita kekal sihat dan langsing, MESTI jadikan sarapan sebagai AMALAN. Lebih awal waktu sarapan lebih baik !!!!

Kata kata ini disokong oleh Pakar Pemakanan yang jugak berpendapat sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana yang dituntut dalam ISLAM untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang wakt
u berbuka....
(Jangan pulak esuk anda semua bersarapan....esuk kita semua Umat Islam masih lagi berpuasa ye ! hehehe, gurau aje Kak Maz)


KEHIDUPAN LEBIH NERKUALITI.

Tubuh kita memerlukan Kalori, baik dalam keadaan beristirehat apatah lagi sewaktu kita melakukan aktiviti.. Bagaimanapun, jumlah tenaga yang ada dalam tubuh seseorang hanya mampu bertahan selama 12 hingga 18 jam. Oleh itu, jika makanan terakhir kita adalah pada jam 6-7 petang, sudah tentulah tenaga yang diperlukan telah habis menjelang jam 6-7 pagi....

Kajian dari pakar menunjukan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik. Pemilihan sarapan harus di titikberatkan, terutama yang kaya dengan karbohidrat, membekal tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari....

Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan di waktu pagi atau tidak sempat(kerana terjaga pun dah lewat) Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda ubah tabiat pemakanan anda....

OTAK LEBIH CERGAS...

Saintis menggelarkan sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Sarapan juga memberi kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus pada sesuatu yang kita lakukan...

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, samada di sekolah atau di tempat kerja...walaupun hanya dengan sekeping roti dan secawan kopi panas...

Jika anda kurang percaya.... kena lah rujuk dengan pakar, apa yang Kak Maz maksudkan... Sementara boleh ubah tabiat pemakanan tu, lakukan kan lah....bermula pada Syahwal ini !!!

Kak Maz mendoakan kesejahteraan buat anda semua, terutamanya rakan2 blogger !!!
Related Posts with Thumbnails